dare to dream

Sunday, October 12, 2008

first effort - done with flying colors!



hi again!

alhamdulillah! things have gone really well as planned. i went to her house yesterday, for, well...you know, this open house kind of thing. i was welcomed by her parents and was quite surprised to see some of her close relatives were also waiting for me patiently. to make a long story short, after "makan-makan" with her parents, i told her father (man, i was so nervous like hell!) that i wanted to discuss a very important thing with him, in person.

her father smiled at me and asked me to enjoy all the kuih, ketupat and rendang first. at that time, i could feel a weird kind of feeling running through my veins. i told myself," alamak, pakcik dah tahu kot apa saya nak cakap lepas ni." i told Cinta (did i mention in my previous posts that i call my "sweet heart of mine"- Cinta?) to wish me best of luck.

a few minutes later, i went to the living room to meet her parents and one of the close relatives, known as "Alang" also joined the session. i started the conversation with:

me: pakcik, makcik, sebenarnya saya tak tahu nak mulakan macam mana. saya minta maaf kalau ada kekurangan saya dalam perbincangan ni. saya, saya,...emmm, saya sebenarnya nak melamar anak Pakcik....

pakcik: alhamdulillah! baguslah! Pakcik dan Makcik sebenarnya dah dapat rasa pun. bagi pihak Pakcik dan Makcik, tak ada masalah. kami setuju je.

me: alhamdulillah! lega saya dengar Pakcik. saya minta maaf kalau cara saya ni mungkin terlalu berterus terang. tapi saya memang ikhlas dan jujur nak jadikan Cinta isteri saya. saya bersyukur sangatlah kalau Pakcik dan Makcik terima saya.

pakcik: kalau begitu bila Kamal nak bawa ibu bapa Kamal jumpa kami?

me: tentang itu saya kena bincang dengan ibu bapa saya dulu Pakcik. sebab kalau boleh saya nak semua adik beradik saya ada sekali masa rombongan kami datang merisik nanti.

pakcik: betul la tu. nanti Kamal bincang lah dulu dengan orang tua dan bagitahu Pakcik bila semua dah selesai ya.

makcik: Makcik setuju apa yang Pakcik cakap tadi. yang penting pada Makcik ialah segalanya berjalan mengikut agama dan adat kita. perkara yang kita bincangkan ni pun perkara yang diredhai Allah. pada Makcik, memang Makcik terima Kamal dengan ikhlas la. sebelum tu boleh Makcik tanya Kamal sesuatu. Kamal terima Cinta seadanya ke?

me: ya Pakcik, Makcik. setelah saya berkawan dengan Cinta hampir 6 bulan, saya rasa saya dah jumpa wanita idaman saya. saya faham tak ada manusia yang sempurna, tapi pada saya Cinta ni istimewa sikit. saya memang terima segala kekurangan dan kelebihan Cinta seadanya. mungkin orang kata berkawan 6 bulan belum cukup untuk kita mengenali hati seseorang, tapi berdasarkan pengalaman saya, bercinta bertahun-tahun pun belum tentu kita akan serasi dan memahami diri masing masing. saya yakin pada qada dan qadar. perkara pertama yang buat saya tertarik dengan Cinta ialah dia cukup jaga solat. pada saya ini pun dah cukup. dan alhamdulillah, ciri ciri wanita yang Rasulullah suruh orang lelaki cari, ada pada Cinta.

pakcik: ha, tu dia! panjang lebar tu. Pakcik seronoklah dengar kalau Kamal dah cakap macam tu.

makcik: iyalah! Makcik pun berdoa semoga rancangan ni di rahmati Allah la ye. nanti Kamal bagi tahu kami tentang tarikh merisik tu ya? boleh kami buat persediaan seadanya.

me: baiklah Pakcik, Makcik. insyaallah saya akan usahakan dalam tahun ni juga. paling lambat pun masa cuti sekolah bulan Disember ni. kalau boleh biar pihak Pakcik sekeluarga selesa dengan tarikh tu nanti. apa apa perkembangan terbaru nanti saya akan bagi tahu Pakcik dan Makcik ya.

the conversation lasted for almost 35 minutes. as soon as my car left the area of the house, i was so excited until i screamed in my car so loud like "orang gila". ALHAMDULILLAH! oh ya! to all my friends especially Monalisa, Nadya, Ashraf, Rahayu aka Chelsea's biggest fan, Azhar, CN, Yazid, Nazri, Murad, Madihah and Megat - i hope it's not too late for me to wish all of you Selamat Hari Raya ye.

till then...